Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.
Malam ini saya akan berkongsi sedikit maklumat dan cara untuk mengerjakan solat sunat DHUHA*.
seperti yang semua kita ketahui, solat sunat dhuha biasa di lakukan menjelang terbit fajar, akan tetapi waktu paling afdal melalukan solat ini ialah pada waktu 9-12 pagi sebelum waktu zohor bagi kawasan borneo . boleh rujuk di website ini *http://nursyirah.wordpress.com/2008/04/17/solat-dhuha-doa-dan-cara-melaksanakan/ . di laman itu, waktu zohor di kira di bahagian semenanjung malaysia, jadi agak lambat waktu zohor area sana .
Bagi orang+ seperti saya yang baru ingin berjinak+ kembali tunduk pada yang Maha Esa, surah+ yang perlu di baca tidaklaa terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. kita masih bole membaca surah+ lazim yang kita hafal dan fahami. Antara contoh surah yang kita boleh baca adalah seperti
*ayatul kursi dengan *al-ikhlas. selain itu, perbanyakkanlaa berzikir memuji Yang maha Kuasa dengan puji-pujian yang ikhlas paing kurang 100x sehari kerana dengan berzikir kita mampu untuk membersihkan sedikit demi sedikit jiwa dan hati kita ini.
walaupun kita tidak menghafal kebanyakan surah yang patut di baca semasa melakukan solat sunat, sekurang+nya kita berusaha untuk melakukan solat tersebut dengan ikhlas hati . semoga saja ibadah kita itu di terima di sisi Allah swt . amin ya rabbal.
selain dari melakukan solat sunat Dhuha, kita juga patut dan sentiasa melakukan solat sunat taubat . ini kerana kita tidak pasti yang kita tidak akan melakukan sekecil dosapun pada hari itu.Rujuk website ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai solat taubat *http://loveninasyakina.blogspot.com/2010/10/panduan-penjernihan-jiwa-solat-taubat.html . Dengan memperbanyakkan solat sunat, in syaa allah segala kesilapan kita yang terdahulu dapat di ampuni dan di hapuskan . semoga saja kita tergolong dalam golongan orang yang mendapat naugan Allah swt di akhirat kelak . amin ya Rabbee.
